hye & welcome reader. theres nothing yg ilmiah & its only about me miself. my daily life which is not interesting like u, u and u. but i appreciate much for your visiting. please do leave your jejak kaseh. saya akan BW belog awak pulak ;)))

Monday, August 22, 2011

hot story oii kat uitm merbok

assalammualaikum semua ;)
how are u ? im fine. alhamdulillah. dapat lagi bernafas dgn percuma di muka bumi ciptaan ALLAH swt. ni ;)
wah.. eksaited kemain ehh nak tau pasai hot story yang tersembul kat title entry yaa? sabar sabar. seloww2 okay. heee. haa, pagi tadi dah kecoh gila kot pasai cerita ni. #ekcelli kan, saya pun taktau cita ni sebab skip kelas pagi. harapkan taty cita td. hee>,<# cerita dia macam ni. ada sorang budak laki ni kelar leher sorang lg bdk. hah, terkezut kan ? nak tau lebih lanjut ? okay, tunggu sat. sy nak paste-kan berita ni dari berita harian online
-
-
-
lets read it ;D
______________________________

Pelajar IPTA cedera rakan kelar leher 2011/08/22

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok dekat sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira jam 5 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli, berumur lingkungan 20-an, sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.
"Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek itu rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa. "Dipercayai suspek baru putus cinta sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali mengelar leher mangsa," katanya. Hashim berkata, mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan. "Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh," katanya. Sementara itu, bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zulkifli berkata, beliau mendapat panggilan telefon daripada IPTA terbabit pada kira-kira jam 6.15 pagi tadi dan tiba di hospital berkenaan kira-kira dua jam kemudian. "Ketika saya tiba di hospital kira-kira jam 9 pagi anak saya masih belum dibawa masuk untuk pembedahan, dia dibawa masuk ke dewan pembedahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim. Katanya, anak lelakinya itu ditikam di leher sebelah kiri dan beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa anaknya itu tidak mengalami kecederaan serius. Zulkifli berkata, beliau difahamkan bahawa anaknya tidak pernah berselisih faham dengan suspek dan anaknya menyedari lehernya dikelar apabila pergi ke tandas. "Berdasarkan apa yang saya tahu daripada anak saya sebelum dia menjalani pembedahan, dia sedar yang lehernya dikelar ketika dia pergi ke tandas ketika melihatnya di cermin," katanya. - BERNAMA
________________________________
_______________
hah, kawan2. jgn tension tension sgt tau. nanti mcm2 bley jadi kalau kita terlebih tension.
jom. relaxkan diri dgn melayan lagu2 raya yg terbest. hee ;p *semangat raya kot ni*

No comments: